Ok kali nie, sesiapa yang nak pergi travel ke Japan, harap baca post nie dan boleh membantu ye.

Sebelum nih lepas travel selalu nk buat notes, tips, tricks utk diri sendiri refer bila dah tua dan maybe boleh bantu jugak org lain. Tapi mmg selalu tak jadi pun. Last2 lupa. Ke laut. Partner trip nih unimate Lon Faisal. Diinspirasikan dari traveller tegar Muhammad Wafi Bin Mansor (also my unimate), here it goes:

1. Flight Air Asia


-6 hrs flight.
-Purchased 2 weeks before fly.
-Try upgrade to flatbed premium dekat airport. Kalau ada lagi seat belum jual, normally ada diskaun (i did this a few time already). Tapi kalau dah beli seat & baggage, semua bayaran tuh akan forfeit.

2. Universal Studio Japan (USJ)


-We did this on Saturday!
-Ada 3 jenis tiket kiteorg beli dekat KLOOK untuk memaksimumkan our experience (beat the mass) and I believe it really works!
1. Tiket masuk dlm RM200 lebih: Tiket untuk masuk ke dalam USJ. Semua yg nak masuk USJ wajib ada tiket nih. Kalau strict bajet, this will be the only tiket u need.
2. Tiket VIP & Harukas 300 Observatory: nih tiket package. Kena pegi naik Harukas 300 utk tgk view dr bangunan tertinggi di Jepun. Then, dia akan bagi wristband VIP and satu password. Password nih utk isi dlm satu website link dia bg, utk dptkan masa masuk VIP & tempat berkumpul. Kiteorg berjaya masuk awal setengah jam dr crowd biasa which really worth it! by the time mass crowd masuk, dah 2 ride settle.
3. Express Pass 4: berbaloi dan perlu tak ambil? kiteorg ambil dgn anticipation hari sabtu ramai gile org. but apparently tak ramai pun, tak yah pun tak pe. Harry Potter pun x yah ada timed entry. Case by case la kot. Luck pun kena ada. I guess we are lucky, although pegi hari Sabtu, the crowd is relatively sgt ok. Kalau refer to board waiting time USJ, paling2 pun lebih kurang sejam je kena beratur, byk yg x yah beratur pun. Weather pun sgt awesome, tak panas & tak sejuk. just nice.

3. Train?


Mmg train japan agak memeningkan mula2, byk sgt options. Memandangkan pegi 48 jam area Kansai je and we already have plan on places to go, we just buy ICOCA card, mcm touch and go kat Malaysia & Octopus Card kat Hong Kong. Senang. Naik je train mana2. Tapi train special kena ada tiket asing. Ada 3 train “special” kiteorg pakai:
1. Train dr Airport Kansai to Osaka City: distance dalam 40km.
2. Shinkansen (Keretapi Paling Laju) dr Osaka City ke Kyoto dalam 40km.
3. Train dr Kyoto to Airport Kansai: distance dalam 80km.

4. Fushimi Inari Shrine & Arashiyama


-2 tempat nih mmg fames lah bg rakyat Malaysia, konfirm jumpa org Malaysia. Bukan org Malaysia je, negara lain juga. Mmg sgt touristy. Hipsturrr. So kalau nk beat the crowd, kena sacrifice waktu tidur, bgn awal & pegi awal! barulah dpt ambil gmbr2 solo yg cantik.
-Kiteorg pegi Fushimi Inari Shrine hari ahad pagi, ada mcm pasar pagi, jual street food. Bolelah ambil gambar je kalau tak yakin and try makan kalau kondifen.
-Kat Arashiyama kiteorg naik rickshaw org tarik. Mcm beca tp pakai org yg berlari. Mahal tp berbaloi! Tukang tarik tuh, semua fit gile! Pandai ambil gmbr. Boleh cakap english, ala2 tourguide. Ada laluan “rahsia” utk rickshaw sahaja.

5. Shinsaibashisuji & Dotonburi


-Mmg touristy. Ramai sgt orang bawak beg trolley and shopping kat “drug store”. Shopping mcm coklat, ubat2, perfume. ala2 jalan bukit bintang + jalan TAR + jalan masjid india, cuma kat Jepun.

6. Food


-Senang je, byk makanan halal. Tak yah bawak maggi rasanya. Try je makanan jepun sekali sekala. Ramen halal, okonomiyaki, takoyaki, fluffy cheesekae, kobe beaf, strawberry, sushi.

7. Google & google maps


-yang nih mmg wajib! sgt membantu. mcm bawak tour guide.

8. Roaming


-pakai digi roaming & it really works! RM25 je utk 72 jam. start counting bila kita start guna. x mcm celcom, start counting pukul 12mlm waktu Malaysia.

9. People


-Mmg luar biasa ketamadunan jepun. Mmg seperti yg digembar gemburkan dalam media massa. Sgt berdisiplin dan sgt friendly. Double standard mcm non existence. Kaukasian ke, Afrika ke, Asia ke, semua dieorg treat nicely. Punctual? tok sah cerita lah, sampai peti surat yg ada time posmen pickup, 1.59pm, mmg pukul 1.59pm lah posmen tu ada kat situ. mmg amazing! Train? sgt punctual.

10. Accomodation
-Pakai airbnb je senang.

BUDGET: RM2155

Flight KUL-KIX-KUL: RM1350
Accomodation (2night/pax): RM250
ICOCA Card: RM80
Universal Studio Japan Ticket: RM290
Digi Roaming 72hrs: RM25
Train Airport-Osaka & Kyoto-Airport: RM110
Shinkansen Osaka-Kyoto: RM50

*Optional:
Upgrade flight to flatbed (both way): RM1750
USJ Express Pass 4: RM400
USJ VIP + Abeno Harukas 300 Observatory: RM100
Osaka Amazing Pass: RM120
Rickshaw at Arashiyama (45min/pax): RM250
Food & Souviner: RMXX

If anyone interested for full itinerary (excel file) kindly PM me.

Arigato gozaimas!

Kredit : Mohd Naqiuddin Fadzil