Haaa nah perkongsian trip ke Jeju Island!!! Mana taw ada yang tak tahu lagi nak pergi mana nanti kat Jeju,bolehlah gunakan nie sebagai rujukan kan??

Date: 14 Februari - 19 Februari 2018

Day 1 (14/2/18)

  • Flight KL - Jeju (6 jam)
  • Rent kereta daripada Jejukk

Day 2 (15/2/18)

  • 1100 Altitude Wetland
  • Road 516 Forest Tunnel
  • Saryeoni Forest Path
  • 1112 Road (Bijarim Road)
  • Sangumburi Crater
  • Swiss Village
  • Woljeongri Beach

Day 3 (16/2/18)

  • Gwangchigi Beach (sunrise)
  • Seongsan Ilchulbong
  • Canola Flower Field
  • Seopjikoji
  • Saeyengyo Bridge + Bird Island (sunset)

Day 4 (17/2/18)

  • Cheonjeyeon Waterfalll
  • Jusangjeoli Cliff
  • Camellia Hill
  • O'sulloc Tea Museum
  • Jeongbang Waterfall

Day 5 (18/2/18)

  • Yongmeori Coast
  • Innisfree Jeju House
  • Sinchang-ri Windmill Costal Road
  • 1100 Altitude Wetland
  • Aewol Elementary School, Deoreok Branch

Day 6 (19/2/18)

  • Iho Teewo Horse Lighthouse
  • Flight Jeju - KL

Hostel/hotel yang kami stay sepanjang di sana

  • Woorim Hotel, Aewol-eup, Jeju-si
  • Purmir Pension, Seongsan-eup, Seogwipo-si
  • Hotel Gaon J Stay, Seogwipo-si

>Kereta perlu book awal. Disebabkan sehari sebelum ke Jeju baru dapat kad kredit, kami hanya walk-in untuk rent kereta jadi harga yang perlu dibayar agak mahal.

>Jika pergi waktu musim perayaan seperti kami (Seolla/Chinese New Year) pastikan bawa makanan dari Malaysia. Kebanyakan kedai makan tutup masa public holiday. Kalau duduk hostel yang sediakan dapur, boleh beli bahan mentah dan masak.

>Install application KakaoMap untuk ke attraction yang tak ada dalam GPS (English). Google nama location dalam bahasa Korea dan masukkan dalam KakaoMap. Apps dalam bahasa korea tetapi masih boleh difahami.

>Musim sejuk disarankan untuk singgah 1100 Altitude Wetland. Rezeki kami dapat main snow dua kali di 1100 Altitude Wetland kerana minggu sebelumnya salji turun lebat di Jeju.

>Swiss village jauh daripada jalan besar dan agak susah untuk dicari tapi bila dah sampai rasa berbaloi dapat tangkap gambar dengan bangunan yang majoritynya color merah sebab tema kami pada hari tu adalah merah. Waktu kami di sana, Swiss Village dalam proses pembinaan bangunan baru.

>Kalau stay area Seongsan, bangun awal dan pergi ke Gwangchigi Beach untuk lihat Seongsan Ilchulbong
berlatar belakang sunrise.

>Lihat matahari terbenam di Bird Island dan jika sampai awal sementara nak menunggu sunset, boleh explore Bird Island

>O'sulloc Tea House dan Innisfree Jeju House terletak bersebelahan. Boleh pergi pada hari yang sama. Di O'sulloc Tea House boleh cuba green tea ice-cream. Manakala di Innisfree Jeju House boleh cuba shrimp burger dan brocolli soup. SedapĀ 

Kredit : Nhk Yatie