Bukan Bagan Lepas taw, tapi Bagan,Myanmar!!!

Jom travel kat sini pulak!!!

Cantik-cantik sungguh pemandangan kat Bagan taw!!!r

???? BAGAN, MYANMAR ???? .
Bagan mungkin tempat baru untuk kaki Travel dari Malaysia. Meh nak cerita skit pasal tempat yang korang boleh feeling feeling macam Cappadocia ni. ??

Bagan adalah sebuah bandar purba yang terletak di Wilayah Mandalay di Myanmar . Sewaktu kegemilangan kerajaan ini, antara abad ke-11 dan ke-13, lebih dari 10,000 kuil Buddha, pagoda dan biara dibina di dataran Bagan sahaja, dan sehingga sekarang terdapat lebih 2200 kuil & pagoda yang masih bertahan. Malah ada yang menyamakan Bagan seperti Angkor Wat di Kemboja. (Sejarah sikit)

Yang paling Best di Bagan, korang berpeluang untuk menaiki belon udara panas dan dapat menikmati pemandangan Bagan dari udara yang sememangnya terbaik untuk korang try.

Tunggu apa lagi gais, dah boleh plan trip pergi Bagan plak kot??.

Jom Tag travel buddies korang??

Kredit : Aku Traveller