Walaupun dah ramai share trip ke Jeju, saya share lagi untuk yang nak bawa anak-anak. Harap membantu :)

 

1) RANCANG PERJALANAN

• Buat itinerary lebih awal. Buat extra day sebagai back up sekiranya hari hujan. Cuaca di Jeju unpredictable sedikit. Samalah macam Malaysia. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Eceh.

• Print semua planning, tips, peta (boleh dapat peta FREE dekat airport) dan kalau nak jimat – STICK TO THE PLAN if possible. Macam kami, saya buat je itinerary tapi kaptennya En. Suami, so kami selalunya setuju dengan plan hari itu pada waktu breakfast. Kalau anda jenis boleh stick pada plan, boleh book ticket online ke tempat-tempat menarik di Trazy. Code untuk dapatkan diskaun: youniguest. Berbaloi beli tiket awal sebab tiket Eco Land dari harga 12,000won jadi 9,900 won sahaja. Ada banyak lagi attraction with discounts. Check it out ye.

• Cara kedua berjimat adalah dengan pergi mendaftar di Korea Tourism Organization (KTO).
Website: [Klik Sini]
Boleh buat online dan pos dokumen yang perlu untuk dapatkan booklet, T-money & etc. Berbaloi-baloi sebab T-Money dapat 4,000 won, dan dapat banyak diskaun di attractions sekitar Jeju/Korea. Kempen ni berakhir bulan Mac ni jadi sesiapa yang nak pergi silalah daftar. Rugi tak ambil. Saya ingatkan kena walk-in je dekat KL, rupanya boleh by post. Sobsobsobs.

• T-Money ni adalah sejenis card adik beradik Touch & Go. Fungsi juga lebih kurang Oyster card di UK yang mana kalau anda gunakan untuk public transport selalunya ticket fare akan reduce pada setiap kali penggunaan. Oh ye, harga tiket bas ke mana-mana sekali naik 1,200 won tak kisah jauh ke dekat. Murah kan? Tapi kami malas nak cari since tak dapat dari KTO so kami guna cash je. Hehe

 

2) BAWA BEKALAN SECUKUPNYA

• Saya belanja dekat RM250 untuk makanan yang dibawa ke sana. Antara makanan-makanan yang saya recommend untuk dibawa – perencah nasi goreng, bawang merah dan putih, ikan bilis, halia, kiub pati ayam, keropok udang/ikan (yang belum goreng, bawa 2 packs), beras dalam 10 pot. Makanan instant yang saya bawa – Kembara Pack (ada exotermik material, jadi tuang air 100ml je dan makanan siap. Sesuai waktu on the go ke tempat yang tak ada makanan sangat, contohnya; Mt. Hallasan, Maze Park etc), Maggi, Tuna spread (mayo/bercili), Brahim Nasi Tomato, Brahim Kari Ayam, Brahim Kuah Asam Laksa, Adabi Sup Kambing etc. Kalau boleh beli yang siap ada chunk ayam sebab ada sesetengah pack Brahim hanya isi paste sahaja. Ikan kami beli dekat Dongmun market, dapatlah Ikan Masak Asam Pedas. Hehe

• Makanan & minuman on the go – pack VICO 3-in-1, Wafer Zip/Kit-Kat (patut bawa 2 packs sebab tak cukup), coklat Cadbury, keropok udang (beli dekat 7E, 1000won), air sirap (saya bawa ½ botol pati sirap) dan botol kosong dalam beg. Guest House bagi mineral water jadi senang je nak bancuh di mana-mana. Plus, water dispenser sejuk dan panas pun banyak dekat Jeju.

• Di convenience shop ada dijual Nasi Goreng Udang dan Udon, saya sertakan gambar supaya senang nak cari. Dua-dua ni sedap dan kena dengan tekak sebab seafood sahaja. Boleh cari di 7E ataupun CVS for U. Dekat GS25 saya tak pasti ada ke tidak sebab tak masuk. Anak-anak saya suka air coklat gambar Doreamon. Hehe

 

3) LESS EXPECTATION AND ALWAYS BE PREPARED

• Bila berjalan dengan anak-anak, walaupun dalam plan macam nak pergi banyak tempat tapi dapat satu pun dah kira syukur. Haha. Sebagai contoh, waktu kami ke Eco Land plannya nak juga ke Stone Park sebab sebelah menyebelah je. Masalahnya habis je main budak-budak berdua ni dah pengsan. Jadi kami decide balik sajalah. Sama juga kes dari Maze Park ke Manjanggul Cave, jarak tak sampai 500m tapi habis je main dekat Maze Park si adik dah tidur pula XD

• Di Mt. Hallasan memang sejuk, anak-anak main sekejap je snow dan waktu menunggu bas memang lama. Mujur ada Oppa tu bagi hot pack. Jadi kalau boleh belilah hot pad kalau terjumpa. Letak dalam poket anak so that bila diorang sejuk ada benda boleh memanaskan badan diorang.

 

4) TRAVEL WITH LESS EXPENSES

• Antara cara kami berjimat adalah dengan naik bas sahaja untuk 3 hari pertama. Tapi parents kena fit. Kami pun tidaklah fit mana tapi gagah jugalah bawa anak-anak pakai SSC. Stroller tidak digalakkan di Jeju sebab banyak aktiviti panjat memanjat. Trip bas ni saya peruntukkan ke Mt. Hallasan (Eorimok trail), Dong Mun market & Jungang underground market (1 day), Eco Land & Stone Park (1 day), City Golden Bus Trip (1 day).

• Kami juga book kereta untuk hari-hari seterusnya di AJ Car Rental. Memang berbaloi-baloi sebab super murah dengan syarat register jadi member (FOC saja). Cuma pesanan penaja, kalau dapat Kia Morning, pastikan enjin jangan terbuka lama tanpa bergerak. Bateri cepat flat. Ini pengalaman kami sendiri. Sejam menunggu wakil AJ datang ke Jusang Jeollidae dari Jeju City XD. Kereta penting sebab nak pergi ke attractions yang lawa memang agak mencabar if nak tukar bas, lagi-lagi area Seongsan Illchubong, Cheojiyeon waterfalls, Seopjikoji & etc. Oh ye, kelebihan pakai Kia Morning – jimat minyak (kami belanja 20,000 won (RM60) je untuk 10 liter minyak dan boleh pusing keliling Jeju). Kia Morning juga kecil jadi setiap kali parking bayar 500 won je instead 1000 won.

• Oh ye, had limit kelajuan kereta adalah 50-60km/h. Paling laju pun 70km jadi kalau bawa hari-hari kereta ke seluruh Jeju saya rasa banyak duduk dalam kereta je. Left driver ye jadi sila jangan terlalu keliru. XD

 

5) PILIH GUESTHOUSE YANG TERBAIK UNTUK FAMILY

• Saya nak cadangkan You & I Guesthouse di City Hall sebab memang di area bandar dan dekat sangat dengan public transport. Sepanjang travel by bus kami tinggal disini sebab ok sangat-sangat. Ada lounge yang super luas untuk memasak, staffs yang friendly, breakfast free, boleh pinjam plug adapter free dan sebagainya. Cuma kelemahannya bilik kami tingkat 3, lounge pula tingkat GF. Haha. Kurus turun naik tangga angkut barang masak sebab segan nak tinggalkan dekat lounge. Kami tinggal dekat 4 hari kot. Murah dan best.

• Guesthouse kedua di area Seogwipo yang saya nak cadangkan adalah Gudeok Guesthouse. Gudeok memang tak asing lagi dan saya faham kenapa orang suka. Sebab bilik dia ada TV siap Astro Korea. Haha. Kalau datang dengan family dia bagi tingkat 2 je dan lounge dia bukan bawah tanah. Jadi turun naik pun tak ada masalah. Gudeok juga berdekatan dengan jalan besar, mini market, convenience shop dan sebagainya. Memang best kalau panjat rooftop dan tengok Pekan Seogwipo. Dekat sini pun breakfast free siap ada cheese lagi.

• Saya tak recommend Guesthouse terakhir yang kami duduk sebab sunyi dan rasa macam penceroboh. Haha. Siapa entah yang recommend Suji Guesthouse pun saya dah lupa. Dari gambar Agoda Suji Guesthouse ni memang cantik. Tak dinafikan. Rumahnya fully laminated with pine wood. Lampu siap ada sensor. Cuma, tuan rumah tak berapa friendly, tak reti berbahasa Inggeris dan shared bathroom. Kelebihan Guesthouse ni? Bilik dia besarrrrrr. Dapat 3 katil super single berbanding dua lagi guesthouse yang di atas. Kelemahannya? Duduk Guesthouse ni memang rasa macam menceroboh rumah orang. Haha. Perasaannya tak best. Dari gambar Agoda boleh nampak laut tapi kami dapat bilik yang nampak rumah jiran je. Hahahaha. Mujurlah tinggal satu malam je.

 

6) SHOPPING SOUVENIR SEKIRANYA TERNAMPAK

• Jeju ni tak macam Seoul jadi souvenir payah nak jumpa. Kalau jumpa tolonglah beli je sebab silap kami juga tak beli bila nampak. Harga 1,000 won tu rasa dah ok dah. Kalau dekat airport seperti biasalah harga melambung-lambung. Beli stock makanan untuk perjalanan balik di mini market sekiranya terjumpa sebab berbanding convenience shop, mini market memang super cheap! Air jus oren 1.5L harga 950 won sahaja.

• Boleh cari souvenir di Dongmun Market, tempat-tempat attractions dan Tapdong Night Market. Kami tak ke Tapdong sebab malam-malam sejuk. Anak-anak asyik selsema jadi sila bawa tisu ke mana saja anda bergerak.

 

Overall, saya bagi Jeju 5 bintang!

Saya percaya Jeju memang sumber pendapatannya adalah pelancongan. Mana tidaknya, bersepah-sepah attraction di seluruh Jeju. You need to decide on your own tempat mana yang berbaloi. Boleh baca review di Trip Advisors. Sangat-sangat membantu.

Paling best dan saya rasa berbaloi-baloi adalah Mt. Hallasan & Eco Land. Mt. Hallasan sebab saya yang suka snow, Eco Land pula WAJIB pergi kalau ada anak 3 – 9 tahun. Eco Land ni macam taman-taman semulajadi dan ada satu taman namanya Children’s Town. Anak-anak kami happy main dekat sini sebab dia ala-ala Kidzania tapi bangunan-bangunan comel tu diperbuat daripada kayu.

Belanja hangus kami RM1400/pax. Boleh dapat murah lagi kalau ikut tips yang saya cakap. Beli tiket online, dapatkan booklet dari KTO dan survey ticket flights (saya bayar extra RM400 untuk luggage & makanan dalam flight sebab long-haul, nanti anak-anak lapar)

Happy travelling!

Kalau ada yang nak itinerary, feel free to download from here (saya buat extra days):
[Jadual Perjalanan]

Kredit : Nursyuhada Azzman