Haaa hari tue min ada kongsi pasal Kashmir kan?? Ok kali nie jom tengok lak perkongsian saudari Nina Azalina nie di India pulak!!!

Memang superb lah!!!

KL – NEW DELHI – KASHMIR – AGRA – JAIPUR - KL (23/2/18 - 3/3/18)

VISA : RM220 termasuk upah isi borang. 6 Bulan, Multiple Entry.

FLIGHT
KL – New Delhi : RM434/pax (Include Luggage + Meal) - AirAsia
New Delhi – Srinagar (Kashmir) : RM438/pax (Luggage Free 15kg) – GoAir
Srinagar (Kashmir) – New Delhi : RM212/pax (Luggage Free 15kg) – AirAsia
Jaipur – KL : RM380/pax (Include Luggage + Meal) – AirAsia

*Flight kami beli agak last minutes. Maybe kalau book awal dapat lagi murah.

HOTEL.
NEW DELHI (2D1N)
Hotel Viva Palace : RM42/pax
Recommended! Bilik bersih & selesa. Dekat dengan airport sebab esok pagi dah nak kejar flight ke Kashmir.

KASHMIR (3D2N)
Hotel The Grand Mamta, Srinagar : RM106/pax.
Recommended! Service cepat. Sangat selesa for Winter. Bilik ada heater. Katil pun ada heater. Part katil ada heater tu jakun sikit! Haha! Sedap je tidur. 5-10 mins from Dal Lake by car. Mandi pun ada water heater. Don’t worry. Tak kesejukan.

AGRA (3D2N)
Hotel Taj Resorts : RM158/pax
Recommended! Bilik bersih, selesa & cantik. 10 mins walking distance ke Taj Mahal (East Gate). Hotel ni actually macam dah dalam kawasan Taj Mahal sebab kereta x boleh masuk kecuali nak hantar guest hotel. Hotel yang dekat dengan hotel ni adalah The Oberoi Amarvilas. Semalam beribu oi. Tapi kalau ade budget lebih why not ;)

JAIPUR (3D2N)
Comfort Inn Sapphire: RM154/pax
Recommended! Bilik bersih, selesa & cantik. Dekat dengan Hawa Mahal. 15 mins by car.

TRAIN
New Delhi – Agra : RM31/pax (2 Jam 45 mins)
Agra – Jaipur : RM53/pax (4 Jam. Include Meals. 4 kali. Tak sempat nak tidur sebab makanan asyik sampai je. Haha!)

DRIVER / TOUR GUIDE
KASHMIR
+919906910649 – Mr. Aijaz Rasool
Request Driver / Tour Guide nama Hussin. Sangat recommended. Setiap aktiviti dia akan bagi tau kita harga minimum. So orang sana tak boleh nak tipu kita. Bab harga dia memang side kita / tourist. Ada jugak sekali dia kena marah tapi lepas dia bincang elok2 kami tetap dapat harga minimum tu. Thank you Hussin! :)

Harga : 4600 Rupees untuk airport transfer & tour selama 3 hari. Kereta Innova. Untuk aktiviti macam nak main ski, Sled, Gondola and etc harga lain.

NEW DELHI, AGRA & JAIPUR.
Teksi, Auto (Macam Tuk Tuk dekat Thailand) & Ola. Ola tu macam Uber.

DAY 1
KL - New Delhi. Sampai pukul 10pm waktu sana. Terus check-in hotel & rehat.

DAY 2
Check-out & terus ke airport untuk pergi ke Kashmir. Airport dia besar. If ambil domestic flight departure dekat Terminal lain. Tak sama dengan terminal kita sampai dari KL. Please take note on that. Sampai Kashmir check-in hotel & ke Gulmarg. Main Ski and Sled. Pun dapat harga half dari harga sebenar. Thank you Hussin! :)

DAY 3
Pahalgam - Naik Horse or Pony. Tak sure mana 1. Haha! 900 rupees/pax = RM56 untuk 4 tempat. Dia nak 2200 rupees/pax untuk 6 tempat. Kami tawar. Dia bagi 1500 rupees/pax untuk 4 tempat. Tawar lagi nak 900 rupees jugak sebab Hussin dah cakap harga 900 rupees je. Masa ni la Hussin macam kena marah sebab reveal harga rendah. Haha! Mereka bincang elok2 dalam bahasa dia, finally dapat 900 rupees. Again, Thank you Hussin! :)

Dal Lake - Naik Shikara (Sampan). 500 Rupees = RM31 untuk 1 Shikara. Dia mintak 500 rupees untuk seorang tapi nehiii bhaiyaaa!

DAY 4
Check-out terus pergi airport. Sampai New Delhi Airport naik Metro (Airport Train dalam 20 mins) ke New Delhi Railway Station. Beli ticket ke Agra & Jaipur. Tourist beli tiket dekat INTERNATIONAL TOURIST BUREAU. Level 1. Dia dalam Railway Station. Ni penting! Scammer selalu terjadi kat sini. If ada orang offer nak tunjukkan dekat LUAR station please jangan ikut! Dia akan bawak pergi Travel Agent dekat seberang jalan. Ingat! BELI TICKET DEKAT INTERNATIONAL TOURIST BUREAU DALAM STATION. One more thing, beli ticket guna Debit/Credit Card. Nescaya kau dapat potong barisan seramai 100 orang! Haha! Kaunter tu number macam tak berfungsi. Duduk depan, make an eye contact dengan orang tu, bagi senyuman paling manis and taraaa! Berjaya potong barisan. Kalau cash, maaf kena tunggu. Try potong barisan tapi kena halau! Haha! Sis cuba je tapi kurang bernasib baik lah pulak ;) Percubaan kali ke -2 berjaya! Haha! Sampai Agra, Check-in hotel & rehat.

DAY 5
Sunrise dekat Taj Mahal. Tiket masuk 1000 rupees/pax = RM63. Jangan kedekut nak ambil Tour Guide (Berdaftar under Govt & Bertauliah). Memang berbaloi. Berapa dia charge lupe pulak. Maaf :)

Agra Fort. 500 rupees/pax = RM31. Tunjuk tiket Taj Mahal. Dapat diskaun 50 rupees. Kalau tak, kena bayar 550 rupees/pax. Kat sini pun ambil Tour Guide jugak.

DAY 6
Check-out and naik train pergi Jaipur. Sampai pun dah malam. Check-in & rehat.

DAY 7
Hawa Mahal
Amber Fort. Tiket masuk 500 rupees/pax = RM31
And a few tempat. Lupe dah nama ;)

DAY 8
Check-out and balik. Flight malam.

DAY 9
6.45am sampai Malaysia!

TIPS :

1) Orang cakap datang India tak sah kalau tak kena keracunan makanan. So far kami ok. As long as jaga makan. Nak beli tu tengok tempat. Jangan main beli jer. Huhu!

2) Kalau tanya dari mana, saya akan cakap dari Thailand. Beza betul riak wajah kalau kita cakap dari Malaysia atau Thailand. Haha! Dari Malaysia senyum lebar. Maybe orang Malaysia terkenal dengan sifat murah hati kot. Thailand maybe terkenal dengan kedekut sebab kebetulan ada cakap kami macam orang Thailand tak nak bagi tips lebih. Since tu memang cakap dari Thailand jela. Mereka tak akan usaha sangat untuk menjual dekat kita & kita pun dapat jalan-jalan dengan tenang :)

3) Sana memang tiada konsep beratur. So kita tak payah la nak ajet2 bertamadun & beratur sangat. Sampai sudah kau kat belakang je sebab orang potong barisan kat depan. Ada caranya nak potong barisan dengan kaedah mulia. Hehe! Bagi perempuan, kau buat2 tanya dekat officer yang jaga dekat depan tu. Panggil Sir. Even kau dah tau memang tu barisan kau, kau wajib buat2 tak tau & tanya. Eye contact, wajib bagi senyuman paling manis & cakap Thank you bersulamkan senyuman lagi. Selepas itu, Haha! Magic happens! Officer tu akan benarkan kau potong barisan. Dia akan marah kalau orang rapat2 or nak jalan depan kau. Scan bag pun tak payah! Terus masuk! Hihi. Bagi lelaki, sorry bro. Pandai2 la nak hidup ;)

Kredit : Nina Azalina