Siapa yang nak sangat pergi Kashmir tue,meh baca perkongsian menarik mengenai Kashmir nie:

KASHMIR - SYURGA DI DUNIA!

Itulah jolokan nama yang diberikan oleh masyarakat dunia terhadap Kashmir atas keindahan alam semulajadi, sungai yang bersih, lamparan padang & taman Saujana mata memandang, keamanan, kekayaan sumber alam dan keramahan penduduknya.

Bukan itu saja, ada yang menggelar Kashmir sebagai "Switzerland of East"!! Yang dah pernah pegi pastinya bersetuju dan yang belum pegi, pastinya INGIN TAHU!

ANTARA 10 FAKTA MENARIK KASHMIR :

1) CUACA
Kashmir mempunyai 4 musim iaitu :
??Spring (Mar- Apr) - suhu sekitar 15-18 celcius
??Summer (May - Aug) - suhu sekitar 20-30 Celsius
??Autumn (Sep - Nov) - suhu sekitar 15-25 celcius
?Winter (Dec- Feb) - suhu sekitar -2 -10 celcius
Anda dapat melihat landskap berbeza setiap musim!

2) BUAH & BUNGA
Tahukah anda 80% bekalan apples di dunia ini datangnya dari Kashmir! Setiap musim, lain buah2 & bunga yang dapat korang tengok. Seperti contoh :
??Spring (Mar- Apr) - Tulips, cherry, almond, peach, pears dan macam2 lagi!
??Summer (May - Aug) -musim memetik buah seperti Apples!
??Autumn (Sep - Nov) - suhu sekitar 15-25 celcius - Bunga, dedaun semuanya bertukar warna Oren & keemasan..Lamparan taman bunga menjadi sangat Indah!
?Winter (Dec- Feb) - all white seperti dalam fantasi! Sungai yang Biru menjadi beku sedikit, penuh salji melitupi gunung-gunung disana!

3) TEMPAT LAWATAN WAJIB PEGI
Banyak tempat menarik anda wajib pegi seperti Dal Lake, Nagin Lake (naik boat & dayung perlahan2!), Mughal Garden, Gulmarg, Pahalgam, Ladang Buah Apple, Ladang Saffron dan banyak lagi!

4) TEMPAT MENGINAP
Kalau dah di Kashmir, wajib la tidur di Houseboat di Dal Lake tue...memang cantik, bersih & unik dengan senibina ukiran kayu, kemasan perabot & bilik tradisi masyarakat Kashmiri! Nak tido hotel pun ada juga..tapi tak syiok la kan?

5) MAKANAN DI KASHMIR
Makanan memang dijamin sedap menjilat jari & Halal..majoriti penduduk Kashmir adalah Muslim..makanan tradisi wajib korang rasa adalah Gostaba, Briyani Kambing, Kashmiri Wazwan & Minut Kahwa dia seperti Teh Namkeen, Cinnamon & Cardamom! Betul2 kawww!!

6) SHOPPING
Of course la kita suka shopping kan..boleh bawa balik macam2 Hasil kerjatangan Kashmiri, Pashmina, Shawls dan Saffron!

7) ENTRY TO KASHMIR
Kashmir adalah salah satu negeri di India, so Malaysians kena apply India Visa untuk ke sini..boleh apply online dah uolls..click link iniĀ [Informasi]

8)BAGAIMANA KE KASHMIR?
Paling mudah dari Malaysia, kita fly ke Delhi naik AirAsia, MH tau Malindo..then, naik domestic flight ke Srinagar..Itulah airport di Kashmir! Kalau nak thrill lebih skit bole juga naik train dari Delhi ke Jammu, tapi jauh la nak ke Kashmir ni dengan basa tau Kereta.

9) KESELAMATAN
Selamat ke Kashmir ni? Selalu dengar macam ada perang je dengen Pakistan..hmm, kami yang da penah pegi & bawa orang kesana ni memang Selamat je, tenang sebab jauh la sempadan dengan kawasan bergolak tu! Juah sangat..

10) INFO RINGKAS EKONOMI
Ekonomi Kashmir bergantung kepada tanaman & ekspot buah-buahan seperti Apples, Walnut, Cherries, Almond & Saffron. Juga Industri seperti pembuatan Karpet, Pashmina & ukiran kayu..so kalau kesana, makan buah & minum juice fresh banyak2 tau...
Panjang betul Fakta kami share ni supaya dapat membantu anda merancang ke Kashmir Bersama Keluarga & Rakan-rakan...
So, dah baca..share la ya! Moga bermanfaat untuk yang lain..

Kredit : World Travel Ambassador Sdn Bhd